Jangan cari perbezaan dari segi luaran tapi carilah persamaan secara dalaman, kerana secara dalaman sebenarnya kita mempunyai banyak persamaan.
Kadang………
Kadang………
Kita merasa rindu bilakah kebahagiaan akan datang
Kadang……….
Saat kebahagiaan datang bingung pun menjelang
Kadang…….
Bingung pun pergi berganti rasa takut di hati
Mengapa kebahagiaan cepat berlalu pergi
Bergantinya sebuah perasaan
Menggariskan betapa manusia serba kekurangan
Hingga tak mampu mengecap erti kebahagiaan
Dan kadang…….
Aku pun merasa benci pada diri ini
Di saat duka aku rasa bahagia
Saat bahagia terasa penuh air mata
Entah apa sebenarnya erti bahagia
Mungkin cukup hati yang mampu merasainya
Kepuasan atas Rahmat dan kurniaan-Nya
Boleh membuat tenteram di Jiwa
Mungkinkah itu erti Bahagia yang sesungguhnya????
No comments:
Post a Comment