““Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar dimasukkan ke dalam Surga dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka. ” (HR. Abu Dawud no. 792, Ibnu Majah no. 910, Ibnu Khuzaimah no. 725, dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, Imam an-Nawawi dan Syaikh al-Albani)

Tuesday, May 24, 2011

Apabila yang dicipta lupa Pencipta

lalu ape yang terjadi?terjadilah dilema, jemu bosan, ragu, marah dan bermacam-macam lagi tekanan menyerang diri terutamanya bila skrip kehidupan tidak sama seperti yang kita harapkan. Apa yang kita kehendaki, tidak dapat. Apa yang di benci pula yang datang. Kejam!Boring!Tension!!!Itulah jeritan batin manusia moden apabila hidup dirasakan serba tidak kena, keliru dan kadang-kadang misteri.

Lalu lahirlah suara-suara tertekan seperti "Batinkumenjerit namun tiada suara." "Tidak ku pinta lahir kedunia." "oh, Tuhan.....kau Cabutlah nyawaku."

namun hakikatnya hidup ini ialah sesuatu yang pasti dan jitu. "skrip" dan "lakonan" kita telah ditentukan. Manusia seharusnnya tidak lagi terkapai-kapai dengan pelbagai soalan tanpa jawapan di atas pentas dunia jika sentiasa mengikut arahan pengarahnya. Tidaklah nasibnya akan menjadi sperti yang digambarkan oleh sebuah syair Arab yang bermaksud:

Aku ni siapa?
Alam ni Apa?
Manusia ini siapa?
Dari mana aku datang?
Hidup ini apa?
Kematian itu apa?
Bagaimana keadaan akan datang?
yang menanti aku sesudah ini?
Adakah lagi "hidup" selepas "hidup" ini?

Inilah "dilema" sama ada disuarakan atau tidak disuarakan oleh manusia zaman moden ini. Walaupun kini teknologi sudah semakin canggih tetapi "tamadun dalaman" manusia masih kuno. Semakin ramai yang tidak tahu jawapan yang tepat terhadap soalan-soalan asasi tentang hidup. Sepertimana kereta yang tiada pemamdu atau kereta yang ada pemandu tetapi tiada arah tuju. begitu hidup bagi orang yang gagal mendapat jawapan yang tepat tentang apakah tujuan asasi dalam hidup.

No comments:

Post a Comment