““Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar dimasukkan ke dalam Surga dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka. ” (HR. Abu Dawud no. 792, Ibnu Majah no. 910, Ibnu Khuzaimah no. 725, dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, Imam an-Nawawi dan Syaikh al-Albani)

Tuesday, March 8, 2011

Hubungan Akal, Hati dan Nafsu



Akal mencetuskan 'tahu', hati mencetuskan 'yakin' dan 'mahu', nafsu pula menentukan 'mampu'. Ilmu dapat memuaskan akal, iman dapat memuaskan hati dan menjerat nafsu. Muallim(guru) mengajar untuk memberitahu, murabbi(pendidik) mendidik untuk mencetuskan mahu dan memimpin kebuasan nafsu. Hati adalah raja anggota badan. Akal adalah bendahara kepada hati. Nafsu pula pengacau yang boleh memburukkan akal dan hati. Ringkasnya, hati menentukan tindakan, akal memandu hati untuk bertindak membuat kerja dengan 'betul-betul'. Nafsu pula perosak kepada 'perancangan' hati dan akal! Disamping faktor dalaman tersebut, faktor luaran juga mempengaruhi 'penghijrahan' seseorang, untuk keluar daripada zon selesa kepada zon derita, buat sementara..

No comments:

Post a Comment